UTUSAN: Bagaimana sokongan pengundi terhadap anda dan BN sendiri?


RAMLI: Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya lihat masyarakat Cameron Highlands ini menyokong kita. Saya menerima respon yang cukup baik daripada pelbagai kaum di sini sepanjang kempen dijalankan. Rakan-rakan komponen BN iaitu MIC dan MCA juga bekerja bersungguh-sungguh membantu kempen saya. 


-BAGAIMANA sokongan pengundi di kerusi DUN Tanah Rata yang dimiliki PH?

-Bagi saya, saya positif dengan cara saya berkempen. Dengan kesungguhan 
jentera BN berkempen InsyaAllah kita akan nampak hasil daripada kerja 
kuat kita di DUN Tanah Rata ini.


-ADA yang berkata anda kurang bercakap tapi lebih bekerja. Apa komen 
anda?

-BEGINILAH... apabila kita bercakap lebih, tapi kita tak boleh hendak melaksanakannya untuk rakayat, itulah jawapannya. Buat apa kita cakap benda yang kita tak boleh buat. Kita hanya cakap kita ikhlas kepada rakyat, kita cakap apa yang kita boleh laksanakan, kalau kita cakap macam-macam tapi penghujungnya tak ada-apa, siapa akan rosak, bukankah rakyat?


-DARIPADA seorang penjawat awam ke bidang politik, bagaimana anda menyesuaikan keadaan?

-BAGI saya itu tiada masalah kerana pucuk pangkalnya ialah apa perjuangan kita. Perjuangan kita jelas dan ikhlas untuk rakyat. Itu menjadi panduan dan pegangan kepada saya apabila dicalonkan di sini. 


-APA komen anda mengenai kenyataan Ahli Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad?

-ORANG Asli yang terdapat di Cameron Highlands kebanyakkannya saudara saya. Jadi apa dalam isi hati mereka sampai kepada saya, mereka terguris hati. Kalau dia (Bob Manolan) sudah minta maaf sekalipun, Orang Asli tetap terguris hati ibarat bidalan luka sudah pasti meninggalkan parut.