Ikmal Hisham Abdul Aziz
IKMAL HISHAM

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, majlis yang diadakan dari pukul 12 hingga 3 petang itu menyasarkan kehadiran seramai 1,000 rakyat Kelantan yang berada di ibu negara.

“Majlis himpunan ini dicetuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bertujuan meraikan anak-anak Kelantan yang kini berada di perantauan, sama ada yang masih belajar mahupun yang bekerja.

“Kita juga akan menceritakan perkembangan semasa (Kelantan) serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti dikir barat, makan nasi gulai kawah asli Kelantan, jamuan sate serta cabutan bertuah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah, majlis itu turut diadakan serentak di 14 lokasi di ibu negara yang dianjurkan oleh UMNO mengikut bahagian masing-masing. - UTUSAN ONLINE