Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, seluruh rakyat negeri ini menzahirkan rasa sedih di atas kemangkatan baginda kira-kira pukul 2.30 petang ini.

“Kami berdoa agar roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Komuniti Taman Marida dekat Senawang di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau akan mengiringi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke Alor Setar esok untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim.