Mereka juga dinasihatkan untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran berita yang sah.

Nasihat itu diberikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui ciapan di Twitter miliknya.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” jelasnya.

Menurut pihak kedutaan, beberapa jalan utama di Jakarta Pusat telah ditutup pihak berkuasa hari ini berikutan rencana perhimpunan di hadapan bangunan KPU dan Bawaslu.

“Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda sebaik-baiknya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” nasihat pihak kedutaan lagi. - UTUSAN ONLINE