Tiga rakyat Malaysia yang berada ditempat kejadian turut menjadi mangsa keganasan tersebut dan kini sedang diberi rawatan di hospital di sana.

Peristiwa berdarah yang tidak dijangka itu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada keluarga mangsa yang kini masih dalam keadaan trauma dan sedih.

Sehubungan dengan itu, atas dasar kemanusiaan, rakyat Malaysia yang menetap di Christchurch telah melancarkan satu tabung khas untuk mengutip dana bantuan bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa rakyat Malaysia yang terlibat.

“Usaha ini telah disokong Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington. Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Christchurch Malaysian Relief Fund ANZ 06-0817-0689455-00.

“Akaun ini akan dibuka sehingga 19 April ini. Memandangkan ini bukan organisasi berdaftar, tiada resit akan dikeluarkan.

“Walau bagaimanapun, anda boleh membuat sebarang pertanyaan kepada Nor Aida Baharuddin di talian +64221559397 atau Wahidah Abdullah di talian +6421551955,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE