Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rakyat jangan mudah terpengaruh

Elak terperangkap dengan agenda jatuhkan kerajaan – Najib

NAJIB TUN RAZAK menyerahkan peruntukan kepada Ketua-ketua Cawangan
NAJIB TUN RAZAK menyerahkan peruntukan kepada Ketua-ketua Cawangan UMNO Bahagian Pekan di Pahang, semalam. UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

PEKAN 19 Mac - Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang agar menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunja­ngi UMNO pada pilihan raya umum akan datang kerana ia belum pasti menjamin keadaan lebih baik untuk mereka serta negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak seharusnya meletakkan keperca­yaan kepada pihak yang ketika ini tidak sekata dalam banyak perkara sehingga menimbulkan persoalan bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk membentuk sesuatu dasar jika mendapat kuasa.

“Mungkin mereka hendak cuba membuat simbol atau manifesto yang sama tetapi apabila asas perjuangan tidak selaras, macam mana mereka boleh bersetuju atas satu dasar sekiranya mendapat kuasa di negara kita?

“Saya tidak percaya mereka boleh melakukan perkara ini dan mungkin ini satu lakonan sahaja di peringkat awal, tujuannya hendak menjatuhkan UMNO dan BN,” katanya ketika berucap merasmikan serentak mesyuarat cawangan dan ketiga-tiga sayap UMNO cawangan dalam Bahagian Pekan di sini hari ini.

Najib berkata, rakyat perlu menyemak dan menyelidik setiap berita yang disebarkan pembangkang terutama menjelang pilihan raya umum akan datang bagi mengelak daripada terperangkap dengan agenda menjatuhkan kerajaan.

Kata beliau, rakyat termasuk ahli UMNO perlu memahami bahawa dalam persekitaran politik yang sentiasa dinamik, ia terbuka dan terdedah kepada perubahan.

“Persekitaran berubah dan sentiasa terdedah kepada perubahan yang mana orang mungkin membuat keputusan berdasarkan maklumat salah serta tidak tepat dan kesannya cukup besar,” ujar beliau yang menyifatkan perkara itu turut berlaku di negara maju.

Menurut Perdana Menteri, pa­da pilihan raya umum lalu, pembangkang banyak menyebarkan berita bagi kepentingan agenda politik mereka seperti isu pembinaan kilang Lynas di Kuantan dan kehadiran 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh.

Kata beliau, kebanyakan beri­ta yang disebarkan itu bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih tetapi bertujuan mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.

“Umpamanya isu kilang Lynas yang hangat diperkatakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan mendakwa jika ada kilang ini membahayakan penduduk kerana tahap radiasi yang tinggi.

“Sekarang lima tahun berlalu, sudah senyap sepi. Pembangkang tidak lagi membangkitkan isu ini sebabnya pilihan raya sudah berakhir,” katanya yang menjelaskan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesah­kan tahap radiasi di kawasan kilang itu lebih rendah berban­ding di bandar Kuantan.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan tentang kepentingan wala’ atau kesetiaan kepada pemimpin apabila menjadi ahli kepada sesebuah pergerakan atau parti politik demi menjamin perpaduan dan keutuhan perjuangannya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain