Joseph Kurup

Sehu­bu­­ngan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup (gambar)mahu masyarakat di pedalaman meng­ambil peluang yang disediakan kerajaan terutama menerusi rancangan pembangunan pendidikan untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Malah menurutnya, keupayaan menguasai ilmu pengetahuan berupaya mengangkat martabat sesuatu kaum dan masyarakat sekali gus mampu memimpin bangsa pada masa depan.

“Penguasaan da­lam aspek pendidikan penting kerana ia boleh menjamin kejayaan sesuatu keluarga keluar dari belenggu kemiskinan. Saya menyeru masyarakat terutama ibu bapa tidak mengabaikan pendidikan anak masing-masing,” katanya dalam majlis jelajah berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di Kampung Pengiradan, Sook di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Kurup; Ketua Pergerakan Pemudanya, Matusin Bowie, wakil-wakil pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) serta pemimpin masyarakat setempat.