Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata, selain itu, kerajaan juga hendaklah memaklumkan kepada rakyat tentang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah dicapai Majlis Penasihat Kerajaan dalam masa 100 hari mereka dilantik untuk ‘menyelamatkan’ ekonomi negara.

“Oleh yang demikian, saya menuntut supaya Perdana Menteri menerangkan kepada rakyat mengenai perkara ini kerana ini hak rakyat, lebih-lebih lagi saya belum dapat melihat fungsi majlis ini dalam mengukuhkan ekonomi negara meskipun hampir setiap hari mesyuarat diadakan di Menara Ilham di ibu negara.

“Nilai mata wang jatuh, banyak pelabur ‘angkat kaki’, bantuan kepada rakyat banyak telah dipotong dan meskipun Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai oleh ‘orang-orang lama’, rakyat masih belum dapat melihat hasilnya selepas 100 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE