Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rajinikanth ke Malaysia lagi, judul filem masih rahsia...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima boneka bintang
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima boneka bintang filem Tamil, Rajinikanth daripada penerbit bersama filem Kabbali, Datuk Abdul Malik Dashtigeer selepas mesyuarat dengan pemain-pemain utama industri hiburan India di Hotel Taj, New Delhi pada 3 April lalu.

MUKADIMAH
PELAKON terkenal dari India, Rajinikanth datang lagi ke Malaysia? Bila? Susulan pelawaan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rajinikanth Mac lalu supaya menjalani penggambaran sekuel Kabali di negara ini, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL menghubungi penerbit bersama Kabali, Datuk Abdul Malik Dashtigeer untuk mendapatkan perkembangan terkini perkara itu.

Mingguan: Bila Rajinikanth akan kembali lagi ke Malaysia?

ABDUL MALIK: Semasa Perdana Menteri membuat lawatan ke India lebih sebulan lalu, beliau ada menyuarakan hasrat kepada industri perfileman India agar menjadikan Malaysia antara lokasi pembikinan filem dan siri drama televisyen. Dalam merealisasikan hasrat ini, saya akan berlepas ke India pada 25 Mei ini untuk me­nganjurkan satu bengkel yang dihadiri kira-kira 200 produser dan pelakon India. Program ini akan disertai Finas dan Tourism Malaysia. Mengenai bila Rajinikanth akan kembali ke Malaysia, ya, pelakon itu akan menjalani penggambaran sebuah filem di negara ini tidak lama lagi. Judul filemnya masih rahsia.

Mengapa hasrat Perdana Menteri wajar ditunaikan?

ABDUL MALIK: India adalah negara pengeluar filem terbesar di dunia berbanding Hollywood. Terdapat enam industri utama di sana iaitu Bollywood, Kollywood (Tamil), Tollywood (Telugu), Tollywood (Bangla), Sandalwood (Kannada) dan Mo­­lly­wood (Malayalam). Se­kurang-kurangnya RM1.2 juta dibelanjakan untuk satu filem di India dengan 100 filem diterbitkan setiap bulan menjangkau 1,200 filem setahun. Maka saya akan cuba menarik perhatian pihak produksi India memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem mereka. Malaysia mempunyai banyak tempat menarik, rumah tradisional dan kediaman moden yang menjadi tarikan ramai. Ini tentu akan menjana pendapatan sekali gus menjayakan program Malaysia The Primary Hub for Film Makers.

Dari pengalaman penggambaran filem Kabali tempoh hari di sini bagaimana impaknya kepada negara?

ABDUL MALIK: Sebenarnya, selepas India, Malaysia mencatat jumlah penonton filem Tamil kedua terbesar. Ia bukannya Dubai, Sri Lanka atau Singapura. Filem S3 lakonan Surya contohnya mengutip jualan tiket RM6.5 juta di Malaysia berbanding RM1.9 Juta di Singapura.

Semasa penggambaran filem Kabali di negara ini, ramai rakyat Dubai, Singapura dan India turun ke sini datang tengok. Rajinikanth berada di negara ini selama 48 hari iaitu tempoh paling lama beliau berada di luar negara. Kira-kira 300 kru dibawa dari India. Filem Kabali juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Mereka terutama Rajinikanth juga gembira menikmati makanan di sini dan gemarkan kari kepala ikan. Kira-kira 1,000 hingga 5,000 orang berkerumun lihat penggambaran Kabali setiap hari.

Selain Kabali, filem apa lagi yang berjaya Datuk bawa masuk ke negara ini?

ABDUL MALIK: Singam 3 dan beberapa lagi di bawah Malik Streams Production & Distributions. Realitinya program Malaysia the Primary Hub for Film Ma­kers ini membolehkan Malaysia menjana pendapatan berganda dan mengaut keuntungan bagi industri perfileman dan pelancongan. Kemudahan di negara ini fleksibel dan sesuai dengan cita rasa produser filem India. Jika di Australia, penggambaran sesuatu filem dihadkan tujuh jam sehari, tetapi di sini tidak, lebih terbuka.

Ada lagikah artis dari India menjalani penggambaran filem mereka di negara ini dalam waktu terdekat?

ABDUL MALIK: Ya, heroin filem Robo 2 lakonan Rajinikanth iaitu Amy Jackson dan komposer terkenal dunia, Anirudh Musik dijangka berada di sini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk penggambaran filem.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain