Jet
TUNKU Ismail berangkat dari Johor Bahru sebentar tadi untuk menghadiri istiadat kemangkatan dan pemakaman Diraja Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Kedah, petang ini.

Keberangkatan Raja Zarith Sofiah dan Tunku Ismail adalah sebagai wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke majlis tersebut.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis tersebut adalah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Baru, Istana Anak Bukit, Kedah bagi penghormatan terakhir dan akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pukul 4 petang ini. - UTUSAN ONLINE