Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Raja-raja Melayu diharap main peranan aktif

RAIS YATIM bersama pengerusi-pengerusi prakongres dalam majlis
RAIS YATIM bersama pengerusi-pengerusi prakongres dalam majlis Prakongres Budaya 2017 bertajuk Pembudayaan Tamadun Tinggi Dalam Transformasi Nasional di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMiN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 4 April - Raja-Raja Melayu diharap­kan supaya terlibat secara lebih aktif dalam memelihara perkara-perkara berkaitan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu terma­suk melibatkan perihal agama, adat resam dan perpaduan rakyat.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, perkara-perkara tersebut wajar diberikan perhatian secukupnya dengan dibawa kepada pengetahuan Mesyuarat Majlis Raja-raja.

“Pihak Kongres Budaya 2017 harus mencadangkan kepada raja-raja Melayu supaya tidak seharusnya berdiam diri dan harus bangkitkan perkara berkaitan adat, agama Islam dan perpaduan di Majlis Raja-raja.

“Ada raja maka adalah rakyat, raja-raja kita perlu diperingatkan kerana baginda-baginda sekalian perlu memainkan tugas mereka,” katanya ketika membuat rumusan pembentangan kertas kerja Prakongres Budaya 2017 yang bertajuk ‘Pembudayaan Tamadun Tinggi Dalam Transformasi Nasional (TN50)’ di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Amin Jalaludin; Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Johan Jaafar.

Kongres Kebudayaan 2017 dijadualkan berlangsung pada 15 April ini dan sebelum majlis tersebut berlangsung telah dianjurkan tujuh program prakongres meliputi tajuk-tajuk seperti Bina Budaya Ekonomi Bumiputera; Penggubalan dan Pembangunan Dasar Warisan dan Budaya Institusi Pengajian Tinggi Malaysia; Warisan dan Institusi Adat Melayu; Warisan Seni Rupa Bangsa; Warisan Budaya dan Industri Kandungan Kreatif, Kewajipan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Pembudayaan Tamadun Budaya Ter­tinggi Dalam TN50.

Mengulas lanjut, Rais menambah, ahli-ahli po­litik juga disaran untuk memperjuangkan perkara-perkara berkaitan kebudayaan yang setakat ini kurang mendapat perhatian daripada golongan tersebut.

Katanya, ahli politik bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penggubal undang-undang tetapi apa yang lebih penting adalah memelihara nilai-nilai kebudayaan agar tidak hilang mengikut peredaran semasa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kongres Budaya 2017 berkata, satu jawatankuasa kerja akan dibentuk dalam masa terdekat oleh kongres berkenaan dalam usaha memastikan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain