Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengetua Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan itu, Mohd. Saharuddin Sadali.

Pada majlis tersebut, Mirrah Matni Mohd. Sharif dari pusat bandar ini menerima Anugerah Tuanku Syed Putra kerana memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 6A+ dan 3A.

Muhammad Shahir Roswadi dari Kampung Padang Melangit yang memperoleh keputusan 10A dalam

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Asputra.

Dalam titah perutusan baginda, Tuanku Lailatul Shahreen mengingatkan para pelajar supaya terus menambah ilmu yang bermanfaat untuk diri, agama dan negara.

“Pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan ramai tenaga pakar, malahan meningkatkan kemahiran dan taraf pendidikan rakyat yang setanding dengan negara-negara yang maju,” titah baginda. - UTUSAN ONLINE