Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Tuanku Pro-Canselor Unimap disambut oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan ketua penganjurnya, Dr. Mohamad Nazri.

Pertandingan yang julung-julung kalinya dianjurkan itu melibatkan penyertaan seramai 360 orang pelajar sekolah yang dikendalikan oleh Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) Unimap melalui Kelab Pascasiswazah IMK Unimap.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Sekretariat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Unimap, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta Jabatan Pendidikan negeri (JPN).

Pertandingan tersebut bertujuan untuk memaparkan keindahan sains dan matematik kepada masyarakat. 

Sebagai maklumat, seorang murid anak jati negeri ini daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, iaitu Iskandar Mohamad Nazri, telah menjadi rakyat Malaysia pertama tersenarai dalam Pi World Ranking.

Dia berjaya menghafal 60 digit Pi selama 21 saat pada 10 November tahun lalu. 

Inisiatif penganjuran sebegini diharap akan dapat diteruskan oleh Unimap pada masa depan melalui kepelbagaian kepakaran yang ada di dalam kampus bertepatan prinsip "University Civilised People", yang menjadi tunjang perkongsian ilmu oleh warga kampus dengan masyarakat. - UTUSAN ONLINE