Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Syed Omar yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Kanan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) mengambil alih jawatan tersebut daripada Ahmad Zamri Khairuddin berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

Syed Omar mempunyai kelayakan dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang, terutamanya pentadbiran awam dan pembangunan kepimpinan sektor awam pada peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri.

Di akhir majlis, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengurniakan watikah pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda turut berkenan menyerahkan plaka Tujuh Amanat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis kepada Syed Omar untuk dihayati dan dipraktikkan oleh seluruh warga pentadbiran awam di negeri Perlis.

Tujuh amanat yang telah dizahirkan sempena Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin antara lain menyentuh mengenai keperluan kepada semua rakyat di negeri ini terutamanya kepada kepimpinan tertinggi di Perlis agar memahami agama Islam selaras dengan Al-Quran dan Sunnah. - UTUSAN ONLINE