Perdana Menteri dan isteri kemudian diraikan dalam majlis santapan tengah hari oleh baginda berdua.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke negeri ini untuk menghadiri majlis Sembang Bajet 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan perjumpaan bersama jentera Barisan Nasional (BN) negeri. - UTUSAN ONLINE