Turut hadir ialah Pendaftar USM, Dr. Musa Ali dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni USM, Mohd. Zulkarnain Mohamad Tajulariffin.

Baginda yang juga Tuanku Canselor USM yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berstatus Program Pemacu Untuk Kecemerlangan (Apex) di negara ini turut berkenan menerima persembahan buku berjudul ‘Organisational Transformation Concepts and Implementation’.

Buku tersebut ialah hasil karya Musa ketika beliau menjawat jawatan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (IPPA) USM.

Buku tersebut sebelum ini dilancarkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan pernah juga dipasarkan di Pesta Buku Jerman di Frankfurt. - UTUSAN ONLINE