Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda-baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Lebih 2,000 tetamu terdiri daripada para wakil rakyat, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Pusat, pengetua, guru besar serta pemimpin masyarakat hadir pada majlis berbuka puasa itu.

Selain itu, pada hadirin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd .Noor.

Majlis tersebut turut diserikan apabila Tuanku Tengku Fauziah dipersembahkan dua biji kek sempena hari ulang tahun keputeraan baginda ke-72 yang jatuh pada hari yang sama.

Di akhir majlis, Tuanku Tengku Fauziah diiringi Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dan anak-anak yatim dari beberapa buah rumah amal kebajikan yang terpilih. - UTUSAN ONLINE