Baginda tiba di Rumah Perlis, Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) pada kira-kira pukul 10 pagi dan meluangkan masa selama sejam untuk melihat pelbagai bahan pameran yang dibawa khas dari Perlis untuk disajikan kepada pengunjung MAHA 2016.

Lawatan baginda diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perlis.

Sebanyak 10 usahawan dari Perlis menyertai pameran tersebut yang membawa produk popular seperti pau Halim, ayam goreng ranggup Kimi Z, kordial mangga Harum Manis, kerepek serta jus mangga Ha­rum Manis.

Selain itu, demonstrasi membuat capal dan bubu, per­khidmatan spa, inai serta urutan kaki turut ditawarkan di Rumah Perlis.

UPEN Perlis dalam satu ke­nyataan menjelaskan, sebanyak RM250,000 disasarkan untuk jualan produk dari negeri itu sepanjang penganjuran MAHA 2016.