Majlis yang berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn, Setapak di sini turut dihadiri Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut serta Pengerusi Yayasan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Pengerusi Kor Polis Diraja Briged Jeneral Datuk Nasir Murad.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Kolonel Yang Dipertua RRD turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai RM60,000 kepada 65 orang yang terdiri daripada balu anggota, pesara tentera dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan pernah berkhidmat dalam RRD serta KPTD.

Baginda selaku Penaung Yayasan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan istimewa yang terdiri daripada keluarga anggota kedua-dua perkhidmatan tersebut. - BERNAMA