Baginda yang tiada di dalam negeri untuk memberikan penghormatan terakhir semalam, menzahirkan ucapan kesedihan dan takziah kepada Sultanah Hajah Haminah, anakanda-anakanda Almarhum Tuanku, kerabat-kerabat Diraja serta seluruh rakyat negeri Kedah.


Baginda juga mendoakan semoga Allah Aza Wajalla mencurahkan keampunan, segala amalan Almarhum diterima dan ditempatkan bersama golongan yang soleh.


Ketua Unit Agihan Bahagian Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Syed Aisam bin Syed Idris memimpin bacaan doa.


Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat dalam usia 89 tahun, setelah memerintah negeri Kedah selama 59 tahun. Sultan berjiwa rakyat dan disanjung tinggi ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang isnin, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.


Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra mempersembahkan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29. - UTUSAN ONLINE