Bagaimanapun gadis berusia 24 tahun itu tidak sempat menghadiri konvokesyen tersebut selepas dia bersama keluarga yang datang dari Negeri Sembilan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 15 Jalan Alor Setar-Kangar.

Lebih menyedihkan, kejadian kira-kira pukul 3.45 itu turut mengorbankan bapanya yang berusia 75 tahun.

Bagaimanapun, kedukaan graduan dalam jurusan Kejuruteraan Pembuatan itu sedikit terubat apabila dia menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Lebih istimewa, Tuanku Lailatul Shahreen merangkap Tuanku Pro-Canselor Unimap turut menyerahkan sendiri skrol ijazah tersebut kepada Sie Kin sambil diperhatikan oleh Tuanku Syed Faizuddin selaku Canselor universiti berkenaan.

Yang turut hadir melawat Sie Kin ialah Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Unimap, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.