Baginda tiba di rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping itu pada pukul 1 petang dan meluangkan masa hampir satu jam bagi bertanya khabar dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mengiringi baginda ialah Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Mansor,65, yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur, akibat pelbagai komplikasi penyakit yang dialaminya sebelum ini.

Jenazah Mansor selamat dikebumikan

di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Sena, Guar Nangka kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Allahyarham menjadi ADUN Chuping selama dua penggal bermula 2004 hingga 2013.

Semasa perkhidmatan, Allahyarham dekat dengan masyarakat setempat yang diwakilinya selain disenangi dengan sikap dan perwatakannya yang sederhana. - UTUSAN ONLINE