Anugerah itu disampaikan oleh Rektor Al-Farabi Khazakh National University, Prof. Galym Mutanov kepada baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Malaysia (Unimap).

Pingat itu disampaikan pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Unimap dan universiti berkenaan.

Menurut Galym, dalam setahun, hanya dua orang ternama menerima anugerah dari universiti yang memiliki 20,000 mahasiswa itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah timbalan rektor universiti berkenaan, Prof. Aizhan Smailova dan Prof. Tlekkabul Ramazanov serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMap, Prof. Mohd. Fo'ad Sakdan. -UTUSAN ONLINE