Kunjungan baginda sempena Seminar Institusi DiRaja (SIRaj V) ke-5 anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan kerjasama UIN Alauddin di Makassar selama dua hari mulai hari ini.

Baginda, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000.00 (RP 3,614,000) kepada masjid UIN Alauddin.

Yang turut hadir, Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Rektor UIN, Prof. Dr. Musafir Pabbari.

Sebelum itu baginda bertitah, supaya para mahasiswa bersyukur apabila berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, baginda bertitah supaya mereka menggunakan peluang ini sebaik mungkin terutama dalam membantu masyarakat.

Baginda juga bertitah supaya mahasiwa jangan sahaja menghafal ilmu yang dipelajari tetapi memahami dan mempraktikkannya. - UTUSAN ONLINE