rmps-para1
 

 

rmps-para2

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berada di ibu negara kerana menyambut anakanda yang belajar di luar negara pulang bercuti turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama atlet para Malaysia serta menyaksikan atlet para bertanding serta menyampaikan pingat kepada pemenang acara 200m T36, Muhamad Ridzuan Muhamad Puzi.

Terdahulu baginda berdua berkenan ke Komplek Renang Bukit Jalil untuk menyaksikan acara di lokasi berkenaan dan keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia KL2017 (Masoc), Datuk Seri Zolkples Embong. -  UTUSAN ONLINE