Yang turut hadir Rektor KUIPs, Dr. Mohd Mizan Mohammad Aslam, Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Padang Sidimpuan Medan, Indonesia, Dr. H. Ibrahim Siregar dan Rektor Universiti Islam Sultan Shariff Brunei Daeussalam, Dr. Hj Norarfan Zainal.

Sementara itu, dalam ucapannya, Dr. Mohd. Mizan berkata, selain aspek kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran, perkara-perkara melibatkan kegiatan kurikulum juga dititikberatkan oleh KUIPs.

Tambah Dr. Mohd. Mizan, kegiatan luar kurikulum yang menumpukan pada perkembangan dan kemahiran komunikasi yang kukuh seperti mempertingkatkan penglibatan pihak berkepentingan luar dalam membina keupayaan graduan KUIPs seperti penglibatan dalam perkembangan kurikulum, pengukuhan kemahiran insaniah pelajar, keusahawanan, penajaan dan penempatan industri bagi para pelajar.

Oleh itu, katanya semua pusat pengajian atau fakulti di KUIPs telah mempunyai Panel Penasihatan Industri untuk membantu mereka mencapai sasaran ini.

“ KUIPs juga telah mengembangkan kerjasama strategik dengan universiti-universiti terkenal untuk interaksi pelajar dan kakitangan secara global, mempertingkatkan pengalaman pembelajaran, penyelidikan dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, KUIPs juga telah melaksanakan Letter of Intent (LOI), Memorandum of Understanding (MoU) dan Memorandum of Agreements (MoA) dengan beberapa organisasi yang lebih besar dan hebat di dalam dan luar negara. - UTUSAN ONLINE