Turut berangkat, Putra Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Dalam kunjungan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin meluangkan masa ke Rumah Perlis untuk melihat demonstrasi membuat capal selain turut membuat lawatan ke gerai usahawan di pavilion negeri rumah Perlis.

Dalam lawatan itu, baginda dan keluarga turut melihat demonstrasi masakan Perlis oleh usahawan terlibat.

Selepas menghabiskan kira-kira 15 minit di pavilion itu, baginda meneruskan kunjungan ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin yang terletak di kawasan Florikultur. 

Kampung Durian Runtuh Upin Ipin yang menampilkan konsep agrotainmen itu berjaya menarik perhatian baginda dan keluarga.

Selain permainan dan video interaktif kanak-kanak, pelbagai maklumat berkenaan pengetahuan Sains turut dipamerkan kepada pengunjung.

Dalam lawatan tersebut Putra Raja Muda Perlis menghabiskan masa kira-kira 30 minit melihat pameran dan mencuba permainan yang disediakan di dalam Kampung Durian Runtuh selain turut beramah mesra dengan pengunjung kanak-kanak lain.

Selepas itu baginda dan keluarga meneruskan lawatan ke laman ternakan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan termasuk lembu sado, burung walet, pelbagai jenis ayam dan banyak lagi. - UTUSAN ONLINE