Seminar anjuran Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) kali ini melibatkan kerjasama dengan Universitas Islam Negeri (UIN), Alauddin Makassar, Indonesia.

Baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan rombongan telah disambut oleh Wakil Rektor dan Empat Bidang Kerjasama UIN Alauddin, Makassar, Prof Hamdan Juhannis, Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabadian Masyarakat (LPPM) UIN Alauddin, Makassar, Dr Muhammad Salleh Tajuddin di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Makassar.

Yang turut serta, Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zaid Jamal.

Malam ini, Utusan Online difahamkan, baginda akan merasmikan SIRaj di Rumah Jabatan Walikota, Makassar.

Sementara itu, Zul Azhar Zahid Jamal berkata, Institusi Raja adalah satu institusi yang tinggi martabatnya dan perlu dipulihara kedaulatannya dari semasa ke semasa.

Katanya, atas dasar itulah juga prinsip rukunegara yang kedua menekankan kepada “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” agar seluruh masyarakat menumpahkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

“Atas kesedaran dan prinsip rukunegara kedua itulah Unimap, menganjurkan SIRaj buat kali kelima berturut-turut dengan harapan bagi melahirkan kesedaran keapda rakyat tentang pentingnya Institusi Raja sebagai teras pemerintahan negara yang berjalan seiring dengan pentadbiran demikrasi ada hari ini.

Katanya, seminar tersebut juga bertujuan memartabat dan melestarikan institusi raja di kedua-dua buah negara dan pada masa sama meningkatkan kefahaman masyarakat untuk menghayati peranan raja dalam Sistem Raja Berpelembagaan.

Ia juga merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu tentang corak pemerintahan beraja di negara jiran. - UTUSAN ONLINE