Titah baginda, meskipun landskap politik negara telah berubah namun percaya Perlis mampu seiring dengan negeri-negeri lain.

Bagi menjayakannya, baginda menyarankan agar semua peringkat di negeri ini memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin demi kepentingan negeri.

“Antaranya para penjawat awam haruslah mengamalkan tadbir urus yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan memainkan peranan melaksanakan tugas dengan penuh amanah, telus dan cekap.

“Beta percaya semua penjawat awam akan terus meningkatkan lagi usaha dan produktiviti selain menyumbang serta mengimplimentasikan segala idea-idea yang inovatif dan kreatif bagi mencapai wawasan yang diimpikan.

‘Kita semua ingin melihat Perlis membangun dengan hebat daripada segi pembangunan, pendidikan, modal insan, ekonomi, pelaburan, dan keusahawanan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Apresiasi Sisipan Akhbar Khas Sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-75 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Terinai Lake View, Timah Tasoh, di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu disambut oleh Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Yang turut hadir, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan; Ketua Biro Utusan Cawangan Perlis, Sharilfuddin Saari dan barisan-barisan penaja sisipan akhbar khas berkenaan.

Serentak dengan itu, baginda turut berkenan menyempurnakan pelancaran video promosi pelancongan Perlis.- UTUSAN ONLINE