Keberangkatan baginda berdua ialah bagi mewakili Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Baginda berdua yang diiringi anakanda sulung puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan anakanda bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail turut melawat Brunei Royal Regalia Building dan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.

Hari ini baginda sekeluarga mengambil kesempatan melawat Kampung Ayer dan baginda tertarik bagaimana pengurusan sampah dilaksanakan di kawasan penempatan yang turut menjadi kawasan tarikan pelancongan utama di Brunei. - UTUSAN ONLINE