Program berbasikal itu yang bermula pukul 7.30 pagi di Kompleks Sukan Air di sini turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya.

Timbalan Ketua Pengarah (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, program tersebut dianjurkan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Putrajaya.

“Kita sangat bertuah kerana Tuanku Raja Muda Perlis berkenan untuk mengayuh basikal bersama-sama dengan 500 orang peserta pada hari ini.

“Baginda dan para peserta akan berkayuh sejauh 12 kilometer dengan mengelilingi kawasan Presint 5, Lebuh Gemilang, Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Persiaran Perdana dan Lebuh Wadi Ehsan di sini,” katanya. - UTUSAN ONLINE