Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz memberitahu, Rahimi Ahmad semakin positif dan telah memberikan tindak balas.

“Syukur Rahimi semakin positif sudah boleh bagi tindak balas.

“Petang ini akan dibuat pembedahan sekali lagi, teruskan doa,” tulisnya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Rahimi sebelum ini dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin pernafasan.

Ketika kejadian Rahimi berada di Masjid Al Noor, Deans Avenue manakala anak lelakinya, Ahmad Razif, 11, yang berada di luar masjid dise­lamatkan jemaah lain.

Dalam kejadian itu, Rahimi yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat tenusu di Christchurch dilaporkan cedera akibat terkena tembakan pada bahagian rusuk. - UTUSAN ONLINE