Menurut sumber, Rafly yang pernah bertugas sebagai deejay di Hot FM Terengganu kini sedang bertarung nyawa di rumahnya setelah dibawa keluar dari sebuah hospital di Kuantan, Pahang.

Rafly sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan pada April lalu setelah hilang selera makan, lalu mengakibatkan berat badannya turun mendadak.

Difahamkan, personaliti radio itu telah disantau menggunakan ilmu sihir oleh individu yang iri hati dengannya, malah ada juga berpendapat Rafly terkena buatan orang.

Di laman sosial miliknya, peminat mendoakan agar jejaka tersebut dikembalikan kesihatan seperti sedia kala. - UTUSAN ONLINE