SHAHRIZAT ABDUL JALIL
SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Rafizi juga mengabaikan hak undang-undang orang lain terutama dirinya sebagai individu apabila membuat serangan politik dengan menggunakan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).


Katanya, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyebabkan projek NFC gagal dan sekarang  dirinya sendiri telah dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.


“Daripada menggunakan proses undang-undang, Mohd. Rafizi juga menggunakan cerita separuh benar untuk memanipulasi masyarakat umum berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambah Shahrizat, Mohd. Rafizi bukan seorang mangsa dalam kes ini sebaliknya golongan yang menerima akibat daripada tindakan manipulasinya adalah sebenar-benar mangsa. -UTUSAN ONLINE