Kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi bagi qari iaitu 89 peratus dan qariah 86.33 peratus.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000; wang tunai tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala iringan dan sebuah kereta Proton Exora.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori lelaki disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob manakala kategori wanita disampaikan isterinya, Toh Puan Zurina Kassim pada majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan 1438H/2017, di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE