Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Pengurus Besar PZNS, Nor Azmi Musa dalam Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2017 di Kompleks Pusat Islam di sini.

PZNS telah mengetengahkan beberapa inovasi antaranya program kad keahlian ZaKAD, bayaran zakat online menerusi portalwww.zakatns2u.biz, pembayaran zakat melalui Kios One Pay, pemasaran zakat melalui media sosial, applikasi zakat Android, animasi zakat Ustaz Ujang dan mesyuarat dalam talian.

Sepanjang Bulan Zakat Kebangsaan, pelbagai program kesedaran zakat akan dilaksanakan di seluruh negara antaranya Karnival Usahawan Asnaf, Seminar Pembangunan Asnaf Serantau, Program Bicara Ilmuwan dan lain-lain. - UTUSAN ONLINE