Keberangkatan baginda ke Dewan Tunku Canselor disambut Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan Canselor UM.

Yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim; Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Prof. Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid; Pro Canselor UM, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa. - UTUSAN ONLINE