Tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai lawatan Putera Mahkota Arab Saudi itu, beliau berkata, lawatan itu lebih menjurus kepada hal ehwal ekonomi dan perniagaan.

“... dan saya cadangkan kepada anda selain saya, anda (wartawan) bertanya juga kepada Datuk

MOHAMMED SALMAN
MOHAMMED SALMAN 

Seri Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya ketika ditemui wartawan di sini semalam.

Agensi berita asing mela­porkan Mohammed, yang merupakan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi sedang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia dimulakan dengan lawatan ke Pakistan minggu ini.

Dari Islamabad, Putera Mahkota Arab Saudi itu dija­dual tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk lawatan rasmi dua hari sebelum meneruskan lawatan ke Indonesia pada Isnin dan selepas itu ke India.

Lawatan Mohammed ke Malaysia adalah yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi pada Jun 2017. – BERNAMA