Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati pusat tahfiz berkenaan terus ingkar dengan tidak memberi kebenaran untuk tujuan membaik pulih meskipun mereka sedar mengenai risikonya pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap pusat tahfiz terbabit agar segera memberi kebenaran kepada kerajaan untuk membantu mereka kerana apa yang lebih penting adalah keselamatan anak-anak yang belajar di situ.

“Masih banyak pusat tahfiz ini tidak membenarkan kita masuk mungkin disebabkan aliran politik berbeza. Ada sesetengah daripada mereka menggangap kerajaan hendak ambil alih pusat tahfiz tersebut sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

“Jangan sangsi kejujuran kerajaan hendak membantu. Kita pun tidak pernah tanya mana-mana pusat tahfiz itu daripada parti politik mana. Semua pusat tahfiz di negara ini sama ada berdaftar atau tidak, kita bantu.

“Kita sendiri lihat bagaimana Perdana Menteri sendiri tidak pernah melihat semua itu, apa yang penting keselamatan para pelajar perlu diberi keutamaan. Perdana Menteri tidak mahu lihat tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang

mengorbankan seramai 23 nyawa baru-baru ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Maahad Tahfiz Al-Hikmah Lilbanat (perempuan) di sini hari ini.

ang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassin dan Pengetua maahad tahfiz berkenaan, Mohd. Rohim Kamis.Y

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, sebanyak 442 daripada keseluruhan 721 pusat tahfiz tidak berdaftar telah selesai dilakukan penambah­­ba­ikan pendawaian termasuk dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan melalui peruntukkan sebanyak RM30 juta tahun lalu.

Katanya, bermula Febuari depan, program baik pulih tersebut akan dilaksanakan melibatkan 612 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara dengan kerja-kerja perlaksanaannya dijangka siap menjelang Mei depan. - UTUSAN ONLINE