MOHD. ZAHID MAHMOOD
MOHD. ZAHID MAHMOOD

Menurut Pengetuanya, Mohd. Zahid Mahmood, beliau mempunyai perancangan masa hadapan untuk pusat tahfiz lain di luar kawasan Kuala Lumpur.

“Niat memang ada dan saya ada perancangan untuk membuka pusat tahfiz di tempat lain, mungkin dengan nama lain tetapi pengurusan yang sama.

“Di samping itu, kita membantu iaitu kita memberikan khidmat secara percuma tanpa yuran. Kita beri peluang kepada masyarakat setempat yang hendak belajar tetapi tidak berkemampuan.

“Justeru, bila ada tempat sebegini maka mereka berpeluang untuk menghantar anak-anak mereka supaya menjadi seorang tahfiz Al-Quran,” katanya kepada Utusan Online.

Selain memberi peluang belajar kepada masyarakat, beliau yang juga Presiden Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (Pinta) menambah, fungsi pusat tahfiz juga adalah untuk memberi khidmat kepada penduduk setempat.

Katanya, sesuatu kawasan yang mempunyai pusat tahfiz atau seumpamanya mempunyai kelebihan tertentu kerana kekerapan ayat-ayat Al-Quran dilafazkan di sana.

“Kawasan yang ada tahfiz akan diberkati oleh Allah SWT, sebab setiap masa dan keadaan ada bacaan ayat-ayat Al-Quran.

“Kemudian, jika ada majlis keramaian seperti tahlil, khatam Al-Quran dan sebagainya para pelajar tahfiz akan hadir menjadi sebahagian daripada jemaah di sana termasuklah menjadi imam di masjid-masjid atau surau-surau,” jelasnya. UTUSAN ONLINE