Pengarah FAMA negeri, Shahrizan Sudiman berkata, pusat itu yang sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu, sememangnya diwujudkan agensi tersebut untuk membantu mengatasi lambakan buah-buahan tempatan pada masa tertentu.

Kata beliau, sehingga kini, pusat berkenaan telah berjaya mengatasi lambakan buah-buahan tempatan seperti durian untuk dijadikan bahan makanan lain seperti kuih dan aiskrim.

"Sebelum ini di situ, kita telah menghasilkan pastri dan keju durian dan mendapat sambutan menggalakkan. Ada juga yang kita sejuk bekukan untuk dipasarkan kepada pihak kilang makanan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika ditemui semasa Program Tautan Kasih Mesra Pelanggan FAMA sempena Hari Raya Aidilfitri di pejabat FAMA negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan isterinya, Datin Seri Noraswana Omar. - UTUSAN ONLINE