Pusat Media Jabatan Penerangan Pahang itu dibuka dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.

Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Mohmed Lokman Mahmud berkata, pusat itu akan beroperasi sepanjang PRU-14 itu sehingga 9 Mei ini dari pukul 9 pagi hingga malam.

“Ia menjadi pusat sehenti untuk sebarang maklumat yang tepat berkenaan perkembangan PRU-14.

“Pusat media ini turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer, internet, talian telefon, faks dan mesin pencetak bagi memudahkan petugas media,” katanya dalam sidang akhbar pusat media tersebut hari ini.

Yang hadir sama Pengarah SPR negeri, Datuk Zamree Hamli. - UTUSAN ONLINE