Pengurus Besar Kanannya, Datuk Halidan Md. Daud berkata, komitmen ini adalah usaha murni Pusat Kutipan Zakat Pahang membantu peniaga mempromosi perniagaan dalam laman sesawang.

Katanya, promosi perniagaan melalui laman sesawang adalah trend terkini iaitu pengguna lebih gemar memproleh maklumat melalui internet.

“Nama pembayar zakat ini boleh diakses melalui laman sesawang Pusat Kutipan Zakat Pahang di www.zakatpahang.my akan terpapar premis perniagaan serta lokasi.

“Pendekatan mesra niaga digunakan bagi membantu peniaga melariskan perniagaan mereka sekali gus dapat menjana keuntungan yang seteruskan menunaikan zakat perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima zakat perniagaan daripada 25 pengendali gerai Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang Timur di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Eksekutif Kanan Anih Berhad, Zaimawar Mohd. Shah.

Tambah beliau, pihaknya juga menggalakkan pengguna berbelanja atau makan minum dipremis pembayar zakat sekali gus menyumbang memantapkan ekonomi umat Islam.

Halidan menambah, agensi itu turut menjalankan kempen kesedaran kepada peniaga kedai runcit, pasar malam dan lain-lain kerjaya membayar zakat mereka.

“Pusat Kutipan Zakat Pahang hanyalah berperanan memudahkan urusan mereka melunaskan tanggungjawab kerana kakitangan kita sentiasa bersedia turun padang membantu,’ katanya. - UTUSAN ONLINE