BANGKOK 14 Sept. – Pusat keselamatan siber dibuka di Thailand hari ini bagi melatih anggota keselamatan dalam bidang berkaitan di seluruh negara ASEAN untuk menangani ancaman siber yang boleh menjejaskan keselamatan serantau.
Keputusan pembukaan Pusat Bangunan Kapasiti Keselamatan Siber Jepun-ASEAN itu dibuat selepas mesyuarat antara ASEAN dan barisan menteri Jepun di Kemboja pada tahun lalu.
Dianggarkan kira-kira 700 anggota keselamatan siber dari Asia Tenggara bakal bergraduasi daripada program berkenaan yang meliputi pertahanan siber, forensik digital dan analisis malware. – REUTERS