Sebagai permulaan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini dipilih sebagai pusat KSK yang pertama.

KSK Care Centre itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Fuziah berharap pusat kaunseling tersebut dapat diwujudkan di semua masjid besar di setiap negeri agar objektif penubuhannya sejajar dengan konsep rahmatan lil alamin (rahmat ke seluruh alam).

KSK Care Centre di MTMZA yang mempunyai seramai 18 kaunselor dan fasilitator itu beroperasi setiap hari bermula pukul 11.00 pagi hingga 1 petang.-UTUSAN ONLINE.