Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya juga perlu meneliti laporan itu terlebih dahulu untuk menentukan jika mangsa pernah menghidap penyakit lain.

“Namun perkara seumpama ini memerlukan siasatan terpe­rinci. Saya masih tiada maklumat, kita memerlukan laporan penuh daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Saya belum menerima laporan penuh, tetapi sebelum ini telah ada bukti-bukti kecede­raan, pendarahan di bawah kulit, darah beku dan jangkitan kuman, jadi ini antara kemungkinan-kemungkinannya,” kata­nya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet peringkat kementeriannya di sini hari ini.

Subramaniam berkata, bedah siasat turut dilakukan terhadap mayat Mohamad Thaqif Amin bagi mengenal pasti punca kematian.