Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, inisiatif baharu itu meliputi pelbagai aspek termasuk peningkatan pembiayaan pinjaman kepada RM100,000 hingga RM10 juta.

“Inisiatif-inisiatif baharu ini akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri, iaitu Jun nanti.

“Buat masa ini, saya tidak boleh mengumumkan secara terperinci tetapi perancangan awal adalah untuk usahawan-usahawan bumiputera,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Abdul Jammi Abdul Karim serta beberapa pegawai agensi tersebut mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, di Jalan Chan Sow Lin, di sini hari ini.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaman Ismail; Pengarang Kanan Media Baharu, Aznan Bakar dan Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail. - UTUSAN ONLINE