Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr. Afif Bahardin berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan perancangan itu berjaya dilaksanakan.


“Langkah ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam melindungi rakyat daripada bahaya asap rokok.


“Kami akan menggiatkan lagi pelaksanaan program kesedaran kepada orang ramai tentang larangan merokok di kawasan awam dan taman rekreasi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE