Itulah rayuan Sardiah Bilapiah, ibu kepada Nordin Nasarudin yang sedang nazak.

SARDIAH Bilapiah yang terlantar sakit
SARDIAH Bilapiah yang terlantar sakit 

Luahan itu disampaikan abang ipar Nordin, Mohd. Zainal Abidin Mohd. Ismail yang merayu lelaki berusia 45 tahun itu segera pulang ke kampungnya di Felda Rentam di sini bagi bertemu ibunya yang sedang tenat.

Mohd. Zainal Abidin berkata, ibu mentuanya yang sedang nazak dan berada di hospital berhasrat bertemu dengan anak sulungnya itu buat kali terakhir.

"Saya merayu sangat dia pulang kali ini sebab emak sudah nazak. Sebelum emak pejam mata, baliklah. Tolak ke tepi dulu kalau ada ego dan sebagainya dengan utamakan emak.

"Saya juga merayu sesiapa yang mengenali Nordin supaya beritahu emaknya tenat. Emak ada cakap sebelum dia tutup mata hendak jumpa sangat," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zainal, abang iparnya menghilangkan diri sejak 2011 dipercayai ekoran perselisihan faham antara keluarga.

Dia memberitahu, Nordin yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori difahamkan berada di Muar, Johor. - UTUSAN ONLINE