Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pulangkan ubat kepada klinik, hospital kerajaan jika tidak digunakan - Hilmi

Hilmi Yahaya
TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Kanan) sempat beramah mesra dengan warga emas Minah Mat Pono, 97, ketika pasukan perubatan melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Ziarah Kasih Sayang, Pelatih Paramedik Masuk Kampung' Parlimen Bagan Datuk hari ini. Seramai 417 pelatih dan kakitangan Kementerian Kesihatan menyertai program itu. - FotoBERNAMA

BAGAN DATUK 22 April - Pesakit yang mempunyai ubat daripada klinik atau hospital kerajaan tetapi tidak menggunakannya dinasihat agar mengembalikanya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pesakit boleh membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semula preskripsi dan memberi ubat yang lain .

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada pegawai perubatan dan ahli farmasi supaya mereka memberi nasihat yang sewajarnya kepada pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan.

"Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan.

"Ia merupakan satu pembaziran kerana ubat-ubatan itu bukan sahaja berkualiti tetapi ia dibeli dengan peruntukan yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Sayang Pelatih Paramedik Masuk Kampung dan ''Food Fit Fun Fair'' di Sungai Sumun di sini hari ini.

Dr. Hilmi berkata, tahun lepas, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan asli dan generik.

"Selain mengelakkan pembaziran, kita tidak mahu ubat-ubatan yang tidak digunakan itu membahayakan nyawa terutama kanak-kanak jika mereka termakan ubat berkenaan," katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat pesakit yang membuang ubat-ubatan di luar pagar klinik atau hospital kerana mereka berjumpa doktor semata-mata untuk mendapatkan sijil cuti sakit sahaja. - Bernama

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain